Posted

_____________Terima Kasih Wahai GURU ______________

GURU belahan jiwa . . .
Kekasih yang sempurna . . .
Akhlakmu mempesona . . .
Duhai bulan purnama . . .


Bunga-bunga bersemi diatas tanah suci
Mekar Indah Mewangi Cintamu kan abadi
Ke seluruh penjuru . . .
Kau tegakkan Agama
jagat Raya Gempita . . .
Menyambut Akhlak Mulia

GURU belahan jiwa . . .
Kekasih yang sempurna . . .
Akhlakmu mempesona . . .
Duhai bulan purnama . . .
Kunyanyikan Lagumu Dengan senandung Rindu
kekasih yang ditunggu Wahai kau "MAHA GURU"
Berlimpahnya cintamu
Mulianya ajaranmu
Tumbuh subur di qalbu
jantung, darah & nadiku

GURU belahan jiwa . . .
Kekasih yang sempurna . . .
Akhlakmu mempesona . . .
Duhai bulan purnama . . .

Guru jalan hidupku hingga akhir hayatku
Ku ikut agamamu
Jangan tinggalkan aku

GURU belahan jiwa . . .
Kekasih yang sempurna . . .
Akhlakmu mempesona . . .
Duhai bulan purnama . . .
Maju bangkitlah jiwa
Hati penuhi cinta
Janganlah kau tergoda . . .
Oleh syurga dunia
Karena tujuan kita . . .
Hanya DIA semata. . .

GURU belahan jiwa . . .
Kekasih yang sempurna . . .
Akhlakmu mempesona . . .
Duhai bulan purnama . . .
Wahai para perindu tetapkanlah hargamu
Menuju sang petunjuk Jalan Lautan Biru
unTuk Menggapai Fitrahmu
Makna Kesucianmu. . .



Selamat Datang 2010  

Posted in ,

SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH:

Cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufiq sebagaimana yang Engkau cintai...


______________________________________________________________________________

Maaf lama tidak mengemaskini.

Awal persekolahan sudah tentu para pendidik agak sibuk.. Serba serbi perlu disediakan dan rasanya setelah hampir 4minggu persekolahan, hampir semua sekolah sudahpun mengadakan mesyuarat agung kelab/persatuan, permainan, unit pakaian seragam.
Justeru,
khusus kepada semua guru penasihat KRS/TKRS,
data-data kadet boleh mula diperkemaskan semula dan daftarkan nama ahli baru tingkatan satu atau ahli baru mendaftar UPS KRS.

Selamat meneruskan tugasan.

Selamat Menyambut Tahun Baru..  

Posted

DOA AKHIR TAHUN
(dibaca 3 kali ba’da sholat Asar hari ini tanggal 17 Desember 2009)

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa sallallaahu 'ala sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa 'alaa aalihi wa sahbihii wa sallam. Allaahumma maa 'amiltu fi haazihis-sanati mimmaa nahaitani 'anhu fa lam atub minhu wa lam tardahuu wa lam tansahuu wa halimta 'alayya ba'da qudratika 'alaa uquubati wa da'autani ilattaubati minhu ba'da jur'ati alaa ma'siyatika fa inni astagfiruka fagfirlii wa maa 'amiltu fiihaa mimma tardaahu wa wa'attani 'alaihis-sawaaba fas'alukallahumma yaa kariimu yaa zal-jalaali wal ikraam,an tataqabbalahuu minni wa laa taqta' rajaa'i minkaa yaa kariim, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadiw wa 'alaa 'aalihii wa sahbihii wa sallam
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat,padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat.Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat YangMaha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan,semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang MahaPemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad,keluarga dan sahabatnya.
Amin yaa rabbal 'alamin.

DOA AWAL TAHUN
(dibaca 3 kali ba’da sholat Maghrib hari ini tanggal 17 Desember 2009)

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa 'alaa 'aalihi wa sahbihii wa sallam. Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwal, wa 'alaa fadlikal-'azimi wa juudila-mu'awwali, wa hazaa 'aamun jadidun qad aqbala nas'alukal 'ismata fiihi minasy-syaitaani wa auliyaa'ihi wa junuudihi wal'auna 'alaa haazihin-nafsil-ammaarati bis-suu'i wal-isytigaala bimaa yuqarribuni ilaika zulfa yaa zal-jalaali wal-ikraamin yaa arhamar-raahimiin, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaawa maulaanaa Muhammadiw wa 'alaa 'aalihi wa ashaabihii wa sallam
Amin yaa rabbal 'alamin
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami
Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu
yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan
dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya.
Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak
pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami
kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan
kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarganya dan sahabatnya.
Amin yaa rabbal 'alamin

catatan : Notes ini hanya sekedar mengingatkan bagi yang biasa dan mau mengamalkan. Bagi yang menganggap ini bid'ah, silakan tidak perlu diamalkan, ini cuma fadhailul amal. terima kasih

PROGRAM KOKURIKULUM 13-16 NOVEMBER 2009  

Posted in

KURSUS PEGAWAI WARAN KRS

PERINGKAT NEGERI PAHANG 2009

Tarikh:
13 hingga 16 November 2009

Tempat:

SanctuaryResort, KUANTAN







PROGRAM KOKURIKULUM 11-13 NOVEMBER 2009  

Posted in

KURSUS ORIENTEERING

GURU-GURU BADAN BERUNIFORM

PERINGKAT NEGERI PAHANG 2009

Tarikh:
11 hingga 13 November 2009

Tempat:

Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah, KUANTAN

Tempat Aktiviti :

Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, KUANTAN

Masa Lapor Diri :

11.00 Pagi (11 November 2009)

(Sila patuhi masa kerana program akan bermula pada 2.00 PM)





PROGRAM KOKURIKULUM 8 NOVEMBER 2009  

Posted in

MAJLIS ANUGERAH

KECEMERLANGAN KOKURIKULUM

PERINGKAT KEBANGSAAN 2009


TARIKH: 8 NOVEMBER 2009 (AHAD)


TEMPAT: AUDITORIUM DARUL MAKMUR, KUANTAN

 

Posted

MAAF DAH LAMA TAK KEMAS KINI..

~MOOD SYAWAL (POSA 6)~

TIPS HARI-HARI TERAKHIR RAMADHAN  

Posted

Oleh: Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

RAMADHAN semakin hari bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagi hamba-Nya yang mengikhlaskan pengabdian diri kepada Allah s.wt. Oleh itu rebutlah peluang dengan baki hari yang ada, setiap jam yang dilalui, setiap minit yang berdetik dan setiap saat masa yang berlalu untuk mempastikan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita semua.

*Berkorbanlah dengan masa, tenaga dan segala-galanya untuk mencari malam Lailatul Qadar kerana di malam ini Allah menjanjikan ganjaran yang teramat besar di samping doa-doa yang akan dimakbulkan Allah s.w.t. Beri'tikaflah, bangunlah dan persembahkanlah rintihan, harapan dan taubat kerana malam itu hanya berlaku sekali dalam setahun

*Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah. .. Oleh itu perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesali lah segala dosa-dosa yang dilakukan, dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hamba-Nya

*Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah dan beristighfar kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajab doa

*Perbanyakkan lagi amalan-amalan membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan segala perkara kebaikan kerana ingatlah hanya amalan sahaja yang akan menemani kita di saat kita berseorangan di alam barzakh

Sama-samalah kita istiqamah melakukan ibadah kepada Allah dan gunakanlah kesempatan masa yang diberikan Allah ini dengan sebaiknya kerana belum tentu Ramadhan akan datang kita dapat tempuhi lagi.

--
Posted By Shahrulhisham Mohamed to bicarahati-ibnu muhammad at 9/15/2009 11:11:00 AM


Kalendar Persekolahan Tahun 2010  

Posted

Kalendar Persekolahan Tahun 2010

Kumpulan A
PenggalCuti dan Hari PersekolahanMulaAkhirHari
IHari Persekolahan03.01.201031.01.201021
Hari Persekolahan01.02.201028.02.201020
Hari Persekolahan01.03.201011.03.20109
Cuti Pertengahan Penggal12.03.201020.03.20109
Hari Persekolahan21.03.201031.03.20109
Hari Persekolahan01.04.201029.04.201021
Hari Persekolahan02.05.201031.05.201022
Hari Persekolahan01.06.201003.06.20103
Cuti Pertengahan Tahun04.06.201019.06.201016
IIHari Persekolahan20.06.201030.06.20109
Hari Persekolahan01.07.201029.07.201021
Hari Persekolahan01.08.201031.08.201023
Hari Persekolahan01.09.201002.09.20102
Cuti Pertengahan Tahun03.09.201011.09.20109
Hari Persekolahan12.09.201030.09.201015
Hari Persekolahan03.10.201031.10.201021
Hari Persekolahan01.11.201018.11.201014
Cuti Akhir Tahun19.11.201001.01.201144
Jumlah288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am210
Jumlah Hari Cuti Penggal78

Kumpulan B
PenggalCuti dan Hari PersekolahanMulaAkhirHari
IHari Persekolahan04.01.201029.01.201020
Hari Persekolahan01.02.201026.02.201020
Hari Persekolahan01.03.201012.03.201010
Cuti Pertengahan Penggal13.03.201021.03.20109
Hari Persekolahan22.03.201031.03.20108
Hari Persekolahan01.04.201030.04.201022
Hari Persekolahan03.05.201031.05.201021
Hari Persekolahan01.06.201004.06.20104
II
Cuti Pertengahan Tahun05.06.201020.06.201016
Hari Persekolahan21.06.201030.06.20108
Hari Persekolahan01.07.201030.07.201022
Hari Persekolahan02.08.201031.08.201022
Hari Persekolahan01.09.201003.09.20103
Cuti Pertengahan Penggal04.09.201012.09.20109
Hari Persekolahan13.09.201030.09.201014
Hari Persekolahan01.10.201029.10.201021
Hari Persekolahan01.11.201019.11.201015
Cuti Akhir Tahun20.11.201002.01.201144
Jumlah288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am210
Jumlah Hari Cuti Penggal78
Kumpulan AKumpulan B
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya


Selamat Bercuti Seminggu - JAGA KEBERSIHAN!  

Posted

Cegah Influenza A (H1N1) Dengan Mencuci Tangan Dengan Betul

Mencuci tangan adalah kaedah terbaik untuk mencegah kejadian jangkitan penyakit berjangkit.

7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air Dan Sabun

  1. Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna


  2. Gosok kedua-dua tapak tangan


  3. Gosok setiap jari dan celah jari


  4. Gosok kuku di tapak tangan


  5. Gosok belakang tangan dan celah jari


  6. Cuci tangan dengan air bersih


  7. Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu



4 langkah Mencuci Tangan Dengan Bahan Pencuci Tangan Berasaskan Alkohol (Hand Sanitizer/Hand Rub)

  1. Tanggalkan barang kemas/balut bahagian luka
  2. Keringkan tangan dengan tisu/tuala bersih
  3. Letak bahan pencuci ke tapak tangan
  4. Gosok tangan dengan bahan pencuci selama 1 minit

Beri perhatian apabila menggosok belakang tangan, jari, kuku, hujung jari dan celah jari

Amalkan Mencuci Tangan:

  1. Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
  2. Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
  3. Selepas berjabat tangan dengan individu yang mengalami gejala selesema
  4. Bila-bila masa tangan anda kotor